,
.

Visa Debit

Posted by a.k.a Markaz On 12:05 PM 0 comments
Rencana ini dalah tentang bekas kad debit "Delta" yang kini dikeluarkan oleh VISA di United Kingdom. Untuk kad debit VISA yang lain di UK, dan di semua negara kecuali Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, lihat Visa Electron. Untuk kad debit VISA yang lain (termasuk Visa Check Card di A.S. dan Visa Debit Card di Jepun), lihat kad debit dan Visa Inc. Sila ambil perhatian bahawa terdapat banyak kad yang dipanggil Visa Debit (bertentangan dengan hanya sebagai kad debit di bawah jenama Visa) di banyak negara!



Visa Debit merupakan sebuah perkhidmatan kad debit utama yang dikeluarkan oleh Visa di United Kingdom dan Ireland. Sebelum Oktober 2004 kad ini dikenali sebagai Visa Delta.

Logo lama Visa dan logo lama Delta.Rekaan kad

Bahagian depan kad adalah sama dengan kad kredit Visa, dengan tambahan perkataan "DEBIT" atau "DEBIT CARD". Pada bahagian belakang, kad yang dikeluarkan sebelum Oktober 2004 menunjukkan logo Delta, dan biasanya juga dengan sebuah logo jaminan cek. Logo piawai Visa selalu digunakan pada kedua-dua kad kredit dan kad debit tetapi sebelum Oktober 2004 logo "Delta" muncul pada belakang kad debit.

Logo lama Visa dan logo lama Delta.


Rekaan baru

Pada 2006, VISA mula membuang logo "bendera" tanda dagangan logo dari semua kad, tapak web dan kedai-kedai. Ini merupakan kali pertama VISA tidak menggunakan logo ini sejak penubuhannya. bendera tersebut merupakan jenama program kad kredit BankAmericard, pendahulu Visa, Inc.

Untuk semua kad Delta, logo baru yang digunakan mempunyai latar belakang putih dengan nama VISA dalam warna biru dengan jentikan jingga pada huruf 'V' (seperti gambar). Ini akan diikuti dengan perkataan "Debit". Ini menandakan pengakhiran muktamad "Visa Delta" di negara yang menggunakannya.

Logo baru ini turut digunakan untuk kad VISA lain.


Sistem

Kad ini boleh digunakan seperti kad kredit Visa, bukan sahaja di United Kingdom tetapi juga di seluruh dunia. Bagaimanapun, peruncit di sesetengah negara hanya menganggap Visa Debit sebagai kad debit dan bukan sebagai kad Visa yang biasa. Dalam kes sebegini, kedai itu tidak akan dikenakan bayaran yang dihitungkan mengikut peratusan tetapi hanya dikenakan bayaran tetap sekitar 50p (~AS$1) bagi setiap urus niaga. Semua urus niaga diproses menerusi sistem penjelasan Visa melalui penggunaan nombor kad yang sama yang membezakannya daripada skim kad debit nasional yang lain yang boleh digabungkan dengan kad kredit Visa


Persaingan

Satu-satu pesaing Visa Debit di pasaran kad debit UK ialah Maestro, yang dikeluarkan oleh Royal Bank of Scotland/NatWest, Yorkshire Bank, Clydesdale Bank dan HSBC. Sistem kad debit domestik UK masih diusahakan oleh Switch tetapi dijenamakan Maestro. Banyak pelanggan perbankan (terutamanya mereka yang dari Halifax Bank Of Scotland, yang selalu mengeluarkan kad Switch) gemar merujukkan Visa Debit sebagai Switch.


Sejarah

Bertentangan dengan tanggapan umum, Visa Delta ialah kad debit yang pertama di United Kingdom sebelum adanya Switch. Barclays memperkenalkan kad "Connect" (Jun 1987 - kemudian dijenamakan semula sebagai Delta) tidak lama sebelum NatWest menerbitkan kad "Switch" (Oktober 1988).

Sin Chan - Bertarung Dengan Himawari

Posted by a.k.a Markaz On 5:29 AM 0 comments

Tentera Laut Diraja Malaysia

Posted by a.k.a Markaz On 7:14 AM 0 comments



Tentera Laut Diraja Malaysia ataupun lebih dikenali dan mudah dipanggil dengan singkatannya: TLDM – merupakan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab ke atas operasi dan pertahanan maritim negara. Dari aspek keanggotaan pula, TLDM merupakan tentera laut ke-3 terbesar di dalam gabungan ASEAN. Ketika ini TLDM hanya mempunyai keupayaan terhad peperangan konvensional dan berkekuatan sederhana sahaja berbanding anggota ASEAN yang lain. Bagaimanapun pemodenan berterusan memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.

Penjelasan Ringkas Mengenai Perniagaan

Posted by a.k.a Markaz On 3:03 AM 0 comments
Niaga atau perniagaan merupakan satu sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Suatu mekanisma yang membolehkan perniagaan berlaku dipanggil pasar atau pasaran. Pada asalnya, pertukaran ini adalah menggunakan sistem barter, atau suka-sama-suka. Kini, biasanya duit digunakan sebagai ganti.

Secara amnya, pedagang-pedagang moden berunding melalui media pertukaran seperti wang. Oleh itu, pembelian boleh diasingkan daripada penjualan, atau pendapatan. Rekaan wang (dan kemudiannya kredit, wang kertas, dan wang bukan fizikal) memudahkan dan mempromosikan perdagangan. Perdagangan antara dua orang pedagang dipanggil 'perdagangan dua hala', manakala perdagangan antara melebihi dua orang pedagang digelarkan 'perdagangan berbilang hala'.

Perdagangan wujud disebabkan banyak alasan. Disebabkan pengkhususan dan pembahagian kerja, kebanyakan orang menumpukan usaha mereka bagi mengenal pasti peluang-peluang perniagaan pada suatu aspek pengeluaran yang kecil, dan menukarkan hasil-hasil mereka dengan produk-produk yang lain.

Perdagangan wujud antara kawasan-kawasan disebabkan setiap kawasan mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran sesuatu atau sebilangan komoditi yang tertentu, atau kerana saiz kawasan itu memberikan manfaat pengeluaran besar-besaran. Oleh itu, perdagangan pada harga pasaran antara kawasan-kawasan memanfaatkan semua kawasan. Kaedah menyediakan rancangan perniagaan membenarkan seseorang mengenal pasti potensi sesuatu kawasan untuk memajukan perniagaan.

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner