
Pembinaan Masjid Negara menjadi lambang keagongan Islam di Malaysia. Ia juga sebagai lambang perpaduan dan toleransi agama dan kaum di Malaysia. Ini kerana, pembinaannya melibatkan kerjasama semua kaum dan agama di negara ini. Ramai kalangan orang Cina dan India menyumbangkan derma bagi pembiayaannya. Pendekata, pembinaan Masjid Negara adalah hasil sumbangan rakyat yang cintakan perpaduan.
Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh para arkitek Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Beberapa buah rekabentuk masjid yang dihantar oleh Republik Arab Bersatu telah dikaji. Sebelum memulakan kerja mereka bentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim telah melawat dan mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol


























0 Response to 'MASJID NEGARA'
Post a Comment