Anatomi lori
Secara umumnya, sesebuah lori mempunyai beberapa bahagian utama seperti berikut:-
- Kabin - memuatkan enjin serta ruang untuk pemandu dan kelindan. Rekabentuk kabin boleh jadi rekabentuk konvensional (ruang pemandu di belakang enjin) ataupun cab over engine (COE) atau kabin di atas enjin (ruang pemandu di atas enjin). Rekabentuk kabin COE adalam rekabentuk paling lazim bagi kebanyakan model lori berat baru di Malaysia.
- Enjin - Hampir kesemua lori berat menggunakan enjin diesel, manakala lori-lori ringan seperti pikap ada kalanya menggunakan enjin petrol. Lori-lori terkini menggunakan enjin diesel yang melepasi piawaian emisi sekurang-kurangnya Euro II bagi melayakkannya memperoleh potongan diskaun 50% cukai jalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
- Transmisi - Kebanyakan lori menggunakan transmisi manual, tetapi terdapat beberapa model lori yang menggunakan transmisi automatik. Lori-lori biasanya menggunakan sistem transmisi antara 5 (bagi lori ringan) hingga 12 kelajuan (bagi lori berat).
- Kerangka - Kerangka lori biasanya menggunakan 2 batang keluli utama, diikuti dengan beberapa batang sokongan. Seterusnya, bahagian-bahagian lori yang lain seperti enjin, transmisi, kabin dan badan dipasang pada kerangka tersebut. Penggunaan kerangka keluli juga menjadikan struktur sesebuah lori lebih kukuh dan tegar berbanding kereta.


























0 Response to 'Anatomi lori'
Post a Comment