Jenis-jenis lori
Lori ringan
Di Malaysia, lori ringan adalah lori dengan berat tanpa muatan (BTM) kurang daripada 3,000 kg. Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E. Biasanya, pengguna lori ringan adalah peniaga kecil-kecilan serta industri kecil. Kenderaan yang termasuk di dalam kategori ini adalah seperti:-
Lori sederhana
Lori sederhana pula mempunyai BTM antara 3,000 kg sehingga 7,500 kg. Pemandu lori sederhana mestilah memiliki lesen memandu kelas E2 (sehingga BTM 5,000 kg) atau E1 (sehingga BTM 7,500 kg.) Kebanyakan lori penghantaran tempatan serta perkhidmatan awam (seperti lori sampah dan kereta bomba) terdiri daripada lori sederhana.
Lori berat
Lori berat adalah kenderaat terberat yang dibenarkan untuk digunakan di jalan raya. Bermula dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 7,500 kg, berat maksimum kenderaan juga ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi mengurangkan kesan kerosakan jalan akibat mendapan (kerana berat lori) dan kehausan (akibat pusingan roda lori). Di kebanyakan negara yang mempunyai mutu jalan raya yang baik, berat dengan muatan (BDM) maksimum yang dibenarkan bagi sebuah lori 6 gandar ialah 50,000 kg. Lori yang termasuk di dalam kategori ini termasuklah lori treler, lori tangki dan lori kontena.
Luar jalan raya
Sesetengah lori yang boleh dilesenkan untuk kegunaan atas jalan raya boleh dipasang dengan ciri-ciri off-road bagi kegunaan di jalan tanah merah. Lori sedemikian yang juga digelar lori hantu di Malaysia sering digunakan dalam sektor perlombongan, pembalakan dan pembinaan.


























0 Response to 'Jenis-jenis lori'
Post a Comment