,
.

Sejarah Lori

Posted by a.k.a Markaz On 2:34 AM

Sejarah Lori

Lori stim

Lori dan kereta berkongsi sejarah awal yang sama; kedua-duanya mengalami proses evolusi daripada kenderaan berenjin stim pertama ciptaan Nicolas Cugnot pada tahun 1769. Namun begitu, lori stim hanya mula dijual secara komersial pada pertengahan abad ke-19. Lori stim dijual di Perancis dan Amerika Syarikat sehinggalah Perang Dunia Pertama manakala di United Kingdom pula sehingga Perang Dunia Kedia.

Enjin pembakaran dalaman

Pada tahun 1895, Karl Benz mencipta lori pertama yang menggunakan enjin pembakaran dalaman. Pada penghujung tahun berkenaan juga, lori ciptaan Benz telah diubahsuai menjadi model bas terawal oleh Netphener, syarikat bas terawal. 3 tahun kemudian, Gottlieb Daimler turut membina model lorinya sendiri, diikuti dengan Peugeot dan Renault. Lori-lori pada masa itu menggunakan enjin petrol 2 silinder dengan kapasiti muatan antara 1,500 kg ~ 2,000 kg.

Selepas Perang Dunia Pertama, lori terus menerima pembaharuan hasil perkembangan teknologi automotif. Antaranya termasuklah penghidup elektrik, brek angin, tayar pneumatik dan sistem lampu elektrik. Lori-lori pada zaman tersebut mula menggunakan enjin berbilang silinder, daripada 4 silinder sehinggalah 8 silinder untuk lebih kuasa.

Enjin diesel

Walaupun enjin diesel telah dicipta pada tahun 1890, lori-lori diesel hanya mula dijual secara komersial pada tahun-tahun 1920-an. Di Amerika Syarikat pula, penerimaan terhadap lori-lori berenjin diesel lebih lambat; lori-lori berenjin diesel masih lagi digunakan pada tahun 1970-an sedangkan semua lori di Eropah telah digantikan dengan model-model berenjin diesel.

Hari ini, majoriti lori-lori yang terdapat di dunia menggunakan enjin diesel, dengan model-model yang lebih terkini diterapkan dengan enjin-enjin diesel yang lebih berkuasa, mesra alam dan mempunyai daya pecutan yang lebih baik. Enjin diesel menjadi pilihan utama para pengeluar lori kerana mampu menghasilkan kilasan yang lebih kuat serta lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.

0 Response to 'Sejarah Lori'

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner