,
.

Visa Debit

Posted by a.k.a Markaz On 12:05 PM 0 comments
Rencana ini dalah tentang bekas kad debit "Delta" yang kini dikeluarkan oleh VISA di United Kingdom. Untuk kad debit VISA yang lain di UK, dan di semua negara kecuali Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, lihat Visa Electron. Untuk kad debit VISA yang lain (termasuk Visa Check Card di A.S. dan Visa Debit Card di Jepun), lihat kad debit dan Visa Inc. Sila ambil perhatian bahawa terdapat banyak kad yang dipanggil Visa Debit (bertentangan dengan hanya sebagai kad debit di bawah jenama Visa) di banyak negara!



Visa Debit merupakan sebuah perkhidmatan kad debit utama yang dikeluarkan oleh Visa di United Kingdom dan Ireland. Sebelum Oktober 2004 kad ini dikenali sebagai Visa Delta.

Logo lama Visa dan logo lama Delta.Rekaan kad

Bahagian depan kad adalah sama dengan kad kredit Visa, dengan tambahan perkataan "DEBIT" atau "DEBIT CARD". Pada bahagian belakang, kad yang dikeluarkan sebelum Oktober 2004 menunjukkan logo Delta, dan biasanya juga dengan sebuah logo jaminan cek. Logo piawai Visa selalu digunakan pada kedua-dua kad kredit dan kad debit tetapi sebelum Oktober 2004 logo "Delta" muncul pada belakang kad debit.

Logo lama Visa dan logo lama Delta.


Rekaan baru

Pada 2006, VISA mula membuang logo "bendera" tanda dagangan logo dari semua kad, tapak web dan kedai-kedai. Ini merupakan kali pertama VISA tidak menggunakan logo ini sejak penubuhannya. bendera tersebut merupakan jenama program kad kredit BankAmericard, pendahulu Visa, Inc.

Untuk semua kad Delta, logo baru yang digunakan mempunyai latar belakang putih dengan nama VISA dalam warna biru dengan jentikan jingga pada huruf 'V' (seperti gambar). Ini akan diikuti dengan perkataan "Debit". Ini menandakan pengakhiran muktamad "Visa Delta" di negara yang menggunakannya.

Logo baru ini turut digunakan untuk kad VISA lain.


Sistem

Kad ini boleh digunakan seperti kad kredit Visa, bukan sahaja di United Kingdom tetapi juga di seluruh dunia. Bagaimanapun, peruncit di sesetengah negara hanya menganggap Visa Debit sebagai kad debit dan bukan sebagai kad Visa yang biasa. Dalam kes sebegini, kedai itu tidak akan dikenakan bayaran yang dihitungkan mengikut peratusan tetapi hanya dikenakan bayaran tetap sekitar 50p (~AS$1) bagi setiap urus niaga. Semua urus niaga diproses menerusi sistem penjelasan Visa melalui penggunaan nombor kad yang sama yang membezakannya daripada skim kad debit nasional yang lain yang boleh digabungkan dengan kad kredit Visa


Persaingan

Satu-satu pesaing Visa Debit di pasaran kad debit UK ialah Maestro, yang dikeluarkan oleh Royal Bank of Scotland/NatWest, Yorkshire Bank, Clydesdale Bank dan HSBC. Sistem kad debit domestik UK masih diusahakan oleh Switch tetapi dijenamakan Maestro. Banyak pelanggan perbankan (terutamanya mereka yang dari Halifax Bank Of Scotland, yang selalu mengeluarkan kad Switch) gemar merujukkan Visa Debit sebagai Switch.


Sejarah

Bertentangan dengan tanggapan umum, Visa Delta ialah kad debit yang pertama di United Kingdom sebelum adanya Switch. Barclays memperkenalkan kad "Connect" (Jun 1987 - kemudian dijenamakan semula sebagai Delta) tidak lama sebelum NatWest menerbitkan kad "Switch" (Oktober 1988).

Sin Chan - Bertarung Dengan Himawari

Posted by a.k.a Markaz On 5:29 AM 0 comments

Tentera Laut Diraja Malaysia

Posted by a.k.a Markaz On 7:14 AM 0 comments



Tentera Laut Diraja Malaysia ataupun lebih dikenali dan mudah dipanggil dengan singkatannya: TLDM – merupakan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab ke atas operasi dan pertahanan maritim negara. Dari aspek keanggotaan pula, TLDM merupakan tentera laut ke-3 terbesar di dalam gabungan ASEAN. Ketika ini TLDM hanya mempunyai keupayaan terhad peperangan konvensional dan berkekuatan sederhana sahaja berbanding anggota ASEAN yang lain. Bagaimanapun pemodenan berterusan memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.

Penjelasan Ringkas Mengenai Perniagaan

Posted by a.k.a Markaz On 3:03 AM 0 comments
Niaga atau perniagaan merupakan satu sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Suatu mekanisma yang membolehkan perniagaan berlaku dipanggil pasar atau pasaran. Pada asalnya, pertukaran ini adalah menggunakan sistem barter, atau suka-sama-suka. Kini, biasanya duit digunakan sebagai ganti.

Secara amnya, pedagang-pedagang moden berunding melalui media pertukaran seperti wang. Oleh itu, pembelian boleh diasingkan daripada penjualan, atau pendapatan. Rekaan wang (dan kemudiannya kredit, wang kertas, dan wang bukan fizikal) memudahkan dan mempromosikan perdagangan. Perdagangan antara dua orang pedagang dipanggil 'perdagangan dua hala', manakala perdagangan antara melebihi dua orang pedagang digelarkan 'perdagangan berbilang hala'.

Perdagangan wujud disebabkan banyak alasan. Disebabkan pengkhususan dan pembahagian kerja, kebanyakan orang menumpukan usaha mereka bagi mengenal pasti peluang-peluang perniagaan pada suatu aspek pengeluaran yang kecil, dan menukarkan hasil-hasil mereka dengan produk-produk yang lain.

Perdagangan wujud antara kawasan-kawasan disebabkan setiap kawasan mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran sesuatu atau sebilangan komoditi yang tertentu, atau kerana saiz kawasan itu memberikan manfaat pengeluaran besar-besaran. Oleh itu, perdagangan pada harga pasaran antara kawasan-kawasan memanfaatkan semua kawasan. Kaedah menyediakan rancangan perniagaan membenarkan seseorang mengenal pasti potensi sesuatu kawasan untuk memajukan perniagaan.

Iklan Terbaik Anda - Fakta Terbaik.

Posted by a.k.a Markaz On 2:27 AM 0 comments
Ini bukan artikel untuk menarik perhatian atau menghasilkan iklan.

Seperti hari biasa saya menghantar newsletter mingguan, apabila pelawat yang masuk dan saya melihat profile mereka. Opppss! saya sudah terputus hubungan dengan pelanggan saya dan tidak ada cara lain untuk menghubunginya. jadi saya hanya tunggu pelanggan tersebut menghubungi saya semula.

tetapi bukan semua datang dengan iklan yang tidak menarik di ezine atau laman direktori. saya melakukan kesilapan pengiklanan online hampir setiap hari. jadi saya sedar ia adalah isu yang begitu kritikal. walaupun pengiklan yang berpengalaman boleh membuat kesilapan ini.

disini ialah sedikit tips yang boleh dan tidak boleh dilakukan:

1. Ingat untuk meletakkan link yang boleh diklik dengan menambah 'http://' dan gunakan 'mailto:', dan ujinya sebelum ia duiklankan.

2. Sesetengah program mail akan membatal bagi URL yang terlalu panjang dan tidak boleh diklik. jadi dapatkan servis untuk memendekkan URL anda.

3. Bersedia. Jika anda mempunyai alamat autoresponder, pastikan autoresponder tersebut berfungsi, dan boleh digunakan.

4. Jadikan diri anda sebagai pelanggan yang pertama, dan cuba respon anda. pastikan tidak ada kesilapan langsung.

5. Jika anda mengiklan melalui artikel, pastikan link boleh diklik atau sediakan email address.

6. Sebelum mengeluarkan laman web anda, periksa dahulu setiap tempat sudah bersedia.

7. sebelum membuat sebarang kempen pengiklanan pastikan webhost anda berupaya mengawal pelawat yang ramai. (bandwidth)

8. Cuba iklan dengan kos yang rendah dahulu baru yang besar kosnya.

9. Iklan pada pelawat yang ditarget sahaja.

10. Pastikan iklan anda power, pada masa sama boleh dipercayai, realistik dengan maklumat yang betul.

11.Selalu menggunakan ruang orang untuk penulisan iklan.

12. Bersedia memberitahu kelebihan produk anda, berapa ramai yang sudah membelinya dll

13. Untuk menjimatkan masa tulis dan simpan ad template anda di dalam fail yang khas.

saya harap akan membantu dalam anda membuat pengiklanan di internet dan mendapat keuntungan yang besar.


Kebenaran Tentang Pengiklanan Online.

Posted by a.k.a Markaz On 2:22 AM 0 comments

Anda mungkin sudah sedia maklum dengan konsep pengiklanan semula, iklan anda mungkin telah dilhat 8-10 kali sebelum menjangka sebarang pembelian. tidak kira tahap kemajuan teknologi, psikologi manusia tidak boleh berubah. otak masih lagi di tempatnya. lebih pendedahan yang anda dapat maka ia akan menjadi kebiasaan, dan orang akan mula menyukai anda.

tidak kira dimana anda tinggal, anda mesti ada pengalaman mempunyai kempen anda sendiri. selama masa tersebut mereka melangkah kedepan melalui pengiklanan. megahantar ke press realease, keluar dalam rancangan tv, mengelilingi setiap negeri memberi ucapan, membuat penjumpaan awam dengan mengadakan jamuan, pelancaran, pembukaan, makan malam dll. secara ia boleh dilihat dimana-mana sahaja pada masa yang sama.

fikirkan tentangnya. walaupun hari cuti dan iklan masih dipaparkan apabila ada sesuatu keraian. kita ambil contoh air minuman coke, kenapa ia perlu memastikan jenamanya menjadi pilihan orang ramai.

kebenaran yang pertama:

1. jangan biarkan orang melupai anda, pastikan anda sentiasa berada di hadapan selalu.

2. sentiasa aktif dalam kempen pengiklanan.

3.jangan hanya menggunakan satu medium pengiklanan anda, gunakan sebanyak mana iklan yang anda mampu.

4.gunakan yajuk yang terbaik bagi setiap iklan anda, jadi orang kenal dengan iklan anda dan menjadi kebiasaan untuk klik melalui iklan anda.

5.di dalam fikiran manusia, apabila mereka melihat iklan anda dimana2, secara automatik ia akan mewujudkan pengaruh berikut mengenai anda:

>>Anda dipercayai kerana membuat iklan yang agrasif.

>>anda mesti boleh buat duit, kerana itu anda membelanjakan wang untuk pengiklanan.

>>Produk anda mesti bagus, kerana itu orang membelinya.

>>orang lain sudah membelinya, adakah saya ketinggalan sesuatu yang penting?

>>jadi saya juga akan mencubanya.

sekarang mari kita imbas kembali. bagaimana maklumbalas ini kepada perniagaan anda? jadi perbelajaan yang lebih tidak boleh untuk masa yang panjang. bagaimana pelan untuk membuat ia menjadi iklan yang praktikal?

bagaimana mahu memulakan:

1.hantar iklan anda ke semua ezine menggunakan servis submission yang murah.

2.gunakan laman secara automatik-iklan anda dipaparkan di jutaan laman web di internet. disini perniagaan yang baru biasanya bermula.

3.iklankan ad anda di tempat yang terbaik, lakukan kajian mengenai target pemasaran anda dan iklankan disitu.

4.tuliaskan satu artikel. apabila menuliskan artikel dan cari tempat untuk mensiarkannya, dapatkan tempat yang mempunyai trafik yang tinggi.

5.tempah (sejuta) pelawat yang dijamin, sementara mencipta laman yang istimewa yang diberikan secara percuma dengan pendaftaran disediakan

6.sebarkan program affiliate yang terbaik.

7.dapatkan kerjasama denga laman web yang mempunyai pelawat yang ramai dalam industri.

8.binakan taktik penjenamaan dengan mencipta banner dan tempatkan di tempat yang ramai pelawat.

9. jangan hantar ke press realease jika itu maklumat yang bernilai.

pastikan iklan anda boleh dilihat dimana2 pada masa yang sama. bermula dengan yang kecil kemudian membuat semula dengan keuntungan anda. pastikan ia kekal dan terus kekal. kemudian iklan dengan lebih banyak.


Mesothelioma

Posted by a.k.a Markaz On 12:45 AM 0 comments

Mesothelioma is a form of cancer that is almost always caused by exposure to asbestos. In this disease, malignant cells develop in the mesothelium, a protective lining that covers most of the body's internal organs. Its most common site is the pleura (outer lining of the lungs and internal chest wall), but it may also occur in the peritoneum (the lining of the abdominal cavity), the heart,[1] the pericardium (a sac that surrounds the heart) or tunica vaginalis.

Most people who develop mesothelioma have worked on jobs where they inhaled asbestos particles, or they have been exposed to asbestos dust and fiber in other ways. Washing the clothes of a family member who worked with asbestos can also put a person at risk for developing mesothelioma.[2] Unlike lung cancer, there is no association between mesothelioma and smoking, but smoking greatly increases risk of other asbestos induced cancer.[3] Compensation via asbestos funds or lawsuits is an important issue in mesothelioma (see asbestos and the law).

The symptoms of mesothelioma include shortness of breath due to pleural effusion (fluid between the lung and the chest wall) or chest wall pain, and general symptoms such as weight loss. The diagnosis may be suspected with chest X-ray and CT scan, and is confirmed with a biopsy (tissue sample) and microscopic examination. A thoracoscopy (inserting a tube with a camera into the chest) can be used to take biopsies. It allows the introduction of substances such as talc to obliterate the pleural space (called pleurodesis), which prevents more fluid from accumulating and pressing on the lung. Despite treatment with chemotherapy, radiation therapy or sometimes surgery, the disease carries a poor prognosis. Research about screening tests for the early detection of mesothelioma is ongoing.


Kenalilah saya.. a.k.a Markaz..

Posted by a.k.a Markaz On 11:55 PM 0 comments

Salam Perkenalan Buat Semua!!

Saya a.k.a Markaz..
Internet Knowledge Seeker..

Apa yg saya dapat, saya akan kongsikan bersama anda dalam blog ni ok..

Berminat dalam bidang teknologi maklumat dan perniagaan..ketika ini masih menuntut ilmu mengenainya..

Blog ini diwujudkan untuk memberi pengetahuan, bimbingan, panduan, tips-tips menarik dan apa jua maklumat berguna dan berfaedah untuk semua.

Selain daripada itu, pembaca setia blog ini bolehlah memberi komen atau cadangan yang dirasakan boleh memajukan lagi blog ini untuk tatapan pembaca.

Blog ini telah diwujudkan sejak March 2009 ni.

Terima kasih kepada pelawat setia blog ini yang tak henti-henti mengunjungi dan memberikan komen, berkongsi pendapat dan sebagainya.

Saya gembira berkhidmat dalam menyediakan perkongsian maklumat buat kalian..

Salam manis buat semua!!

Senyum-senyum selalu!! :-)



Fungsi wang

Posted by a.k.a Markaz On 2:30 PM 0 comments
Sesuatu barang dianggap sebagai wang jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:

Bahan pertukaran

Bahan pertukaran merupakan satu perantara yang digunakan dalam perdagangan bagi mengelakkan kesulitan satu sistem tukar barang murni.

  • Ia juga mudah di bawa atau diangkut; logam berharga mempunyai nisbah nilai kepada berat yang tinggi. Sebab itulah minyak, arang atau air tidak sesuai sebagai duit walaupun mudah dibawa. Wang kertas dibuktikan sesuai dengan hal ini.
  • Ia juga haruslah tahan lama. Wang sering tertinggal di dalam saku ketika mencuci. Wang 20 Peso Mexico dibuat daripada plastik untuk ketahanannya. Syiling emas juga dicampurkan tembaga untuk meningkatkan ketahanannya dan Isaac Newton turut memperkenalkan syiling yang dibuat berserta lurah ditepinya untuk mengelakkan dipotong atau dikikis dan dicairkan.

Unit akaun

Satu unit akaun adalah satu unit ukuran nombor piawai bagi nilai pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan urusan lain. Ia juga perlu bagi persetujuan perdagangan yang melibatkan hutang.

  • Ia haruslah boleh dibahagikan kepada unit kecil tanpa memusnahkan nilainya; logam berharga boleh ditempa daripada jongkong logam, atau dileburkan menjadi jongkong semula. Ini menyebabkan kulit haiwan atau haiwan itu sendiri tidak sesuai dijadikan wang.
  • Ia haruslah bersamaan dengan yang lain: iaitu satu unit atau benda itu haruslah serupa dengan yang lain yang kerana itulah berlian, hasil seni dan harta tanah tidak sesuai sebagai wang.
  • Ia haruslah mempunyai berat atau saiz atau ukuran tertentu untuk memudahkan pengiraan.

Penyimpan nilai

Untuk menjadi sebagai satu penyimpan nilai, satu komoditi, dalam bentuk wang, atau modal kewangan mestilah boleh disimpan dengan selamat dan boleh didapat kembali - dan boleh dijangkakan sebagai berguna apabila ia didapatkan kembali.

  • Ia haruslah tahan lama, tahan lasak, tidak mudah musnah atau reput. Disebabkan itu, makanan, rempah-ratus, sutera halus dan ambal tidak sesuai dijadikan wang.
  • Ia haruslah mempunyai nilai yang stabil.
  • Ia haruslah sukar untuk dipalsukan dan yang tulen mudah dikenali.

Kecairan pasaran

Wang merupakan bentuk kecairan pasaran. Kecairan menentukan betapa mudahnya sesuatu benda didagangkan untuk benda yang lain. Wang memberikan kemudahan untuk memiliki benda lain tanpa perlu menggunakan sistem barter.

  • Ia haruslah mempunyai nilai kembangan yang rendah antara harga untuk jual beli yang dalam kata lain kos transaksi yang rendah.
  • Wang juga haruslah paling kurang penurunan kebergunaan marjinal, yang membawa maksud apabila anda menambah unit tersebut, setiap unit harganya sama seperti unit sebelumnya dan tidak berkurang dengan banyak.

Kerana itulah, emas dan perak sering dipilih dalam sejarah wang dalam kebanyakan masyarakat dan budaya. Platinum dan Palladium tidak dikenali dan ditulenkan hinggalah dua ratus tahun kebelakangan ini, maka tidak mepunyai sejarah yang panjang tetapi mungkin mengubah masa depan.


Sejarah wang

Posted by a.k.a Markaz On 2:27 PM 0 comments

Perkembangan wang bermula daripada emas, perak, tembaga, loyang, besi, batu, atau kulit kerang kepada wang kertas, atau catatan elektronik yang dikendali oleh sistem perbankan kompleks antarabangsa.

Wang komoditi seperti emas dan perak merupakan antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, objek seperti duit syiling emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilainya yang tetap kekal walaupun inflasi, berbanding nilai wang kertas yang bergantung kepada nilai yang dicop semata-mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran, dan kemudian mula berfungsi sebagai simpanan nilai.

Wang fiat adalah wang zaman moden yang direka oleh pihak berkuasa pusat (kerajaan) dan tidak mempunyai atau tidak mementingkan nilai intrinsik. Pengiktirafan meluas terhadap wang fiat berlaku kerana kerajaan pusat bertindak sebagai penjamin nilai wang yang sah sebagai tender di sisi undang-undang sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Perkembangan wang fiat berlaku apabila kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar menjadi mata wang fiat (contoh, Dolar Amerika) dan mata wang fiat telah bertukar menjadi bentuk mata wang komoditi (contoh, franc Switzerland).


Wang & Ceritanya..

Posted by a.k.a Markaz On 2:23 PM 0 comments

Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.[1]

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.

Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.

Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.


Bursa Malaysia

Posted by a.k.a Markaz On 1:52 PM 0 comments

Bursa Malaysia,MYX dahulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE, Kuala Lumpur Stock Exchange) bermula pada tahun 1930 apabila Persatuan Broker-broker Saham Singapura ditubuhkan sebagai satu pertubuhan rasmi sekuriti-sekuriti di Tanah Melayu. Pada tahun 1937, ia didaftarkan semula sebagai Persatuan Broker-broker Saham Tanah Melayu, tetapi ia masih tidak mendagangkan saham-saham awam.

Pada 1960, Bursa Saham Tanah Melayu telah ditubuhkan dan perdagangan saham awam bermula pada 9 Mei. Pada 1961, sistem papan telah diperkenalkan di mana dua buah bilik dagangan, masing-masing satu di Singapura dan Kuala Lumpur, telah disambung oleh barisan-barisan talian telefon terus menjadi satu pasaran tunggal dengan saham-saham serupa dan saham-saham yang disenaraikan di satu set harga yang tunggal di kedua-dua papan.

Bursa Saham Malaysia telah dibentuk secara rasmi pada tahun 1964 dan pada tahun berikut, dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia, bursa saham terus berfungsi di bawah Bursa Saham Malaysia dan Singapura (SEMS).

Pada 1973, dengan penamatan saling-boleh-tukaran matawang diantara Malaysia dan Singapura, SEMS terpisah menjadi dua, Bursa Saham Kuala Lumpur Bhd (KLSEB) dan Bursa Saham Singapura (SES). Syarikat-syarikat Malaysia terus disenaraikan di SES dan dan sebaliknya. Sebuah syarikat berhad baru menurut gerenti, Bursa saham Kuala Lumpur (BSKL) mengambil alih operasi sebagai bursa saham KLSEB. Pada 1994, ia adalah dinamakan semula sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur.

Bursa Saham Kuala Lumpur menjadi satu pertukaran yang mutual dan telah dinamakan semula sebagai Bursa Malaysia dalam 2004. Ia mengandungi satu papan utama, satu papan kedua dan papan MESDAQ dengan jumlah permodalan pasaran RM700 bilion (US$189 bilion). Pada 2005, Bursa Malaysia telah disenaraikan sendiri pada 18 Mac. Pada 28 April, Bursa Malaysia memperkenalkan CBRS, satu skim yang membenarkan semua pelabur untuk memasuki laporan-laporan penyelidikan syarikat-syarikat tersenarai Bursa dengan bayaran percuma.

Indeks pertama untuk Bursa Malaysia adalah Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI). Bagaimanapun, dalam bulan Jun 2006, satu siri indeks baru dimajukan secara bersama oleh Bursa Malaysia dan FTSE berkumpul telah diperkenalkan. Pada 7 November , indeks komposit akhirnya mencapai 1,000 mata dan ditutup pada 1,003.28. Ia adalah sebahagiannya digalakkan oleh dagangan kukuh semalaman Wall Street. KLCI adalah dijangka untuk meluluskan 1,000 tanda lagi. Semasa di pertengahan-Mac 2007, permodalan pasaran dianggarkan berjumlah RM927.8 bilion (US$270 bilion).



Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner